Written by 10:56 am Bola Sepak, Malaysia

Kelantan Ikat Seorang Lagi Import Selama 3 Tahun – Kervens Belfort Dari Haiti

Pasukan yang beraksi dalam kancah Liga Premier, Kelantan FC mengumumkan menandatangani seorang lagi pemain import dengan kontrak selama 3 tahun.

Pemain import yang ditandatangani dengan kontrak jangka masa sederhana panjang itu ialah Kervens Belfort yang merupakan seorang penyerang kelahiran Haiti.

Kedatangan pemain berusia 29 tahun ini dimaklumkan secara rasmi oleh pelbagai platform media sosial milik pasukan yang dikenali sebagai The Red Warriors (TRW) itu, semalam.

Belfort yang memiliki ketinggian 1.85 meter (m) hadir dengan reputasi sebagai penjaring ke-4 terbanyak Liga Bangladesh – 17 gol sepanjang musim 2021 bersama Abahani Limited Dhaka. 

Untuk makluman semua, Belfort pernah menentang Brazil ketika beraksi mewakili skuad kebangsaan negaranya. Perlawanan tersebut berlangsung ketika kejohanan Copa America 2016.

Ketua jurulatih Kelantan, Rezal Zambry Yahya pula mengharapkan pengalaman yang dimiliki oleh Belfort dapat membantu skuad TRW memperbaiki kelemahan barisan serangan yang dialami pasukannya, pada musim lalu.

Sebagai tambahan, selain Belfort, Kelantan telah mengumumkan mengikat penyerang kelahiran Brazli, Nixon Guylherme Brizolara juga dengan kontrak jangka masa sederhana panjang – selama 3 tahun.

Featured Image: TRW Kelantan FC

(Visited 5,554 times, 1 visits today)
Close