Written by 3:00 pm Badminton, Malaysia

Terbuka India: Cheam June Wei Disingkirkan Pemain Rusia Di Pusingan 32

Hasrat untuk melihat pemain badminton perseorangan bebas (independent) negara, Cheam June Wei, 24 tahun, mara jauh di dalam kejohanan Terbuka India 2022 nampaknya tidak kesampaian.

Hal ini kerana June Wei yang menghuni ranking 73 dunia ini telah disingirkan oleh pemain Rusia, Sergey Sirant yang berada di ranking 76 dunia di Pusingan 32, sebentar tadi.

Dalam perlawanan tersebut, June Wei tumpas kepada pemain berusia 27 tahun itu secara ‘straight set’ dengan keputusan 20-22 dan 18-21 dalam tempoh permainan yang hampir memakan masa 45 minit.

Untuk makluman semua, ini merupakan pertemuan pertama melibatkan June Wei dan Sergey Sirant di pentas kejohanan antarabangsa.

Sementara itu, Sergey yang mara ke pusingan berikutnya bakal menentang samada pemain India, Kartikey Gulshan Kumar (ranking 125) atau pemain Finland, Kalle Koljonen (ranking 63).

Featured Image: Badminton Association of Malaysia

(Visited 872 times, 1 visits today)
Close