Written by 2:44 pm Badminton, Malaysia

Terbuka India: Pilihan No.1 Kejohanan, Kian Meng-Pei Jing Tiada Masalah Singkir Beregu Tuan Rumah

Pasangan beregu campuran bebas (independent) negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing tidak mempunyai masalah untuk melepasi halangan peringkat awal di kejohanan Terbuka India 2022, hari ini.

Pasangan yang menghuni ranking 10 dunia ini diletakkan sebagai pilihan pertama untuk memenangi kejohanan ini mudah menyingkirkan lawan mereka, beregu campuran India, Pratik Ranade-Kanika Kanwal di Pusingan 32.

Kian Meng-Pei Jing menyingkirkan mereka secara ‘straight set’ dengan pungutan mata 21-10 dan 21-11 dalam tempoh masa 25 minit sekaligus mara ke Pusingan 16.

Di pusingan seterusnya, Kian Meng-Pei Jing bakal berentap dengan satu lagi pasangan India, Siddharth Jakhar-Megha Morchana Bora yang mara secara automatik setelah mendapat ‘walkover’ pada Pusingan 32.

Featured Image: Badminton Photo / Badminton Association of Malaysia

(Visited 4,266 times, 1 visits today)
Close