Written by 4:51 pm Badminton, Malaysia

Terbuka India: Pilihan No.3 Kejohanan, Yew Sin-Ee Yi Tempah Tiket Ke Pusingan 16

Pasangan badminton beregu lelaki bebas (indpendent), Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi menepati ramalan peminat apabila berjaya melangkah ke Pusingan 16 di kejohanan Terbuka India 2022, hari ini.

Yew Sin-Ee Yi yang diletakkan sebagai pilihan ketiga untuk memenangi kejohanan ini melangkah ke pusingan tersebut setelah menumpaskan beregu India, Ravikrishna-Udayakumar yang berada di ranking 256 dunia pada Pusingan 32.

Yew Sin-Ee Yi yang berada di ranking ke-11 dunia mengalahkan beregu India itu secara ‘straight set’ dengan keputusan 21-19 dan 21-14 dalam tempoh masa permainan sekitar 35 minit.

Susulan kemenangan ini, Yew Sin-Ee Yi yang masih segar dengan kejayaan merangkul pingat gangsa di kejohanan dunia tahun lalu bakal membuat perhitungan dengan salah satu beregu India, Siddharth Jakhar-Lakshay Saroha atau Utkarsh Aroha-Akshan Shetty di Pusingan 16 kelak.

Featured Image: Badminton Photo / Badminton Association of Malaysia

(Visited 5,881 times, 1 visits today)
Close