Written by 1:42 pm Badminton, Malaysia

Terbuka India: Soong Joo Ven Mudah Atasi Chirag Sen Di Pusingan 32

Pemain perseorangan bebas (independent) negara, Soong Joo Ven menampilkan persembahan yang cukup cemerlang di kejohanan Terbuka India 2022, hari ini.

Joo Ven yang menghuni ranking 70 dunia dengan mudah menumpaskan lawannya, pemain India, Chirag Sen yang berada di ranking 98 dunia secara ‘straight set’.

Pemain berusia 26 tahun ini mencapai kemenangan dengan keputusan 21-8 dan 21-7 dalam tempoh masa 28 minit sekaligus menempah tiket ke Pusingan 16.

Sementara itu, menanti Joo Ven di Pusingan 16 samada pemain Singapura merangkap juara dunia 2021, Loh Kean Yew atau pemain Kanada, Xiaodong Sheng yang berada di ranking 69 dunia.

Featured Image: Badminton Association of Malaysia

(Visited 663 times, 1 visits today)
Close