Written by 1:25 pm Badminton, Malaysia

Terbuka India: Tang Jie-Yen Wei Tumpaskan Arjun-Jolly Dalam Tempoh Kurang Setengah Jam

Pasangan beregu campuran negara, Chen Tang Jie dan Peck Yen Wei berhasil memulakan langkah dalam kejohanan Terbuka India 2022 dengan langkah kanan. 

Pasangan yang menduduki ranking 40 dunia merangkap pilihan ketiga untuk menjuarai kejohanan ini berhasil mencipta kemenangan dengan mudah ke atas beregu tuan rumah, Arjun Madathil Ramachandran dan Treesa Jolly pada Pusingan 32. 

Tan Jie-Yen Wei berjaya menumpaskan Arjun-Jolly secara ‘straight set’ dengan keputusan 21-11 dan 21-6 dalam tempoh masa tidak sampai setengah jam sekaligus menempah kemaraan ke Pusingan 16.

Di Pusingan 16 kelak, Tan Jie-Yen Wei bakal menentang beregu India samada pasangan Sai Pratheek-Gayatri Gopichand atau Ishaan Bhatnagar-Tanisha Crasto.

Featured Image: Badminton Photo / Badminton Association of Malaysia

(Visited 2,902 times, 1 visits today)
Close