Written by 4:21 pm Bola Sepak, Malaysia

Hanya Semusim Bersama JDT, Abimanyu Dijual Kepada Persija Dengan Harga Lumayan

Jodoh bintang muda Indonesia, Syahrian Abimanyu bersama pasukan gergasi bola sepak Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) nampaknya hanya bertahan selama semusim sahaja.

Menerusi makluman oleh pelbagai platform media sosial skuad Harimau Selatan, pemain tengah berusia 22 tahun itu akan menyertai pasukan yang beraksi dalam saingan Liga 1 Indonesia, Persija Jakarta.

Baca: Syahrian Abimanyu Pemain No.6 Dengan Kebolehan Hantaran Jauh Persis Pirlo

Dimaklumkan, JDT telah mencapai kata sepakat mengenai yuran perpindahan yang ditawarkan oleh Persija Jakarta untuk membolehkan mereka mendapatkan khidmat Abimanyu.

Difahamkan yuran yang ditawarkan oleh skuad yang terkenal dengan julukan Macan Kemayoran itu cukup lumayan namun ianya tidak didedahkan oleh JDT di laman sosialnya.

Sebagai rekod, Abimanyu sekadar berhasil meraih dua penampilan bersama JDT dalam saingan Liga Malaysia 2021.

Untuk makluman semua, JDT menandatangani Abimanyu daripada Madura United pada awal tahun 2020. Sejurus sahaja menandatangani pemain ini, JDT meminjamkan pemain ini kepada Newcastle Jets yang beraksi dalam saingan Liga Australia selama setengah musim.

Featured Image: JOHOR Southern Tigers

(Visited 420 times, 3 visits today)
Close