Written by 11:09 pm Malaysia

Shebby Singh Meninggal Dunia

Serbegeth “Shebby” Singh yang terkenal dalam bidang pengacaraan sukan, selain turut merupakan bekas pemain bola sepak negara telah pun meninggal dunia hari ini, pada usia 61 tahun.

Shebby Singh dilaporkan meninggal dunia disebabkan oleh serangan sakit jantung.

Sebelum ini, beliau memulakan kerjaya dalam bidang bola-sepak dengan bermain untuk Johor FA pada 1978, sebelum berpindah ke beberapa kelab bola sepak tempatan. Beliau turut pernah bermain untuk pasukan kebangsaan Malaysia antara tahun 1982 ke 1991.

Disamping itu, Shebby Singh juga turut pernah menjadi jurulatih untuk MyTeam, iaitu pasukan bola sepak yang ditubuhkan dalam bentuk program realiti.

(Visited 537 times, 1 visits today)
Close