Artikel

Terbuka India: Gandingan Baharu, Peng Soon-Valeree Berjaya Cipta Kemenangan Pertama

Pasangan beregu campuran yang baru sahaja digandingkan, Chan Peng Soon dan Valeree Siow berjaya mencipta kemenangan pertama mereka ketika turun beraksi di Pusingan 32, kejohanan Terbuka India 2022. 

Pasangan beregu yang diletakkan sebagai pilihan kelima untuk menjuarai kejohanan ini mencetak kemenangan pertama dengan mengalahkan beregu India, Raju Mohamed Rehan dan Anees Kowsar.

Peng Soon-Valeree menumpaskan pasangan yang berada di ranking 174 dunia itu secara ‘straight set’ dengan keputusan 21-4 dan 21-9 dalam tempoh permainan kurang daripada setengah jam.

Kemenangan ini membolehkan mereka mara ke Pusingan 16. Di peringkat seterusnya, Peng Soon-Valeree akan bertemu salah satu daripada beregu India samada gandingan Kashish Sharma-Saruni Sharma atau Kirtesh Dhindhwal-Daksha Gautam.

Featured Image: Badminton Association of Malaysia

komen