Written by 6:57 pm Badminton, Malaysia

Terbuka India: Tze Yong Lakar Kejutan Singkir Pemain Senior Indonesia, T. Sugiarto

Pemain perseorangan muda negara, Ng Tze Yong berhasil melakar kejutan di Pusingan 32 dalam saingan Terbuka India 2022 – kejohanan bertaraf Jelajah Dunia BWF yang pertama disertainya.

Pemain berusia 21 tahun yang menduduki ranking ke-60 dunia ini melakar kejutan dengan menyingkirkan pemain senior Indonesia yang berada di ranking lebih tinggi iaitu ke-28 dunia, Tommy Sugiarto.

Lebih mengejutkan, Sugiarto, berumur 33 tahun, turut diletakkan sebagai pilihan ketujuh untuk memenangi kejohanan ini tumpas dengan keputusan 16-21, 21-14 dan 5-21.

Untuk makluman semua, tiga set pertarungan ini memakan masa sekitar satu jam. Kemenangan yang berpihak kepada Tze Yong ini membolehkannya menerukan kemaraan ke Pusingan 16.

Sebagai rekod, ini merupakan pertemuan pertama melibatkan Tze Yong dan Sugiarto di pentas kejohanan antarabangsa dalam karier masing-masing.

Sementara itu, Tze Yong akan menantikan lawannya di pusingan berikutnya samada pemain India, Priyanshu Rajawat (ranking 134) atau pemain Perancis, Lucas Claerbout (ranking 79).

Featured Image: Badminton Association of Malaysia

(Visited 17,931 times, 1 visits today)
Close