Written by 4:47 pm Badminton, Malaysia

Terbuka India: Vivian-Chiew Sien Mara Ke Pusingan 16 Secara Automatik

Pasangan beregu wanita bebas (independent) negara, Vivian Hoo dan Lim Chiew Sien berjaya mara ke Pusingan 16 dalam kejohanan Terbuka India 2022 secara automatik. 

Hal ini selepas beregu yang diletakkan sebagai pilihan kelima untuk menjuarai kejohanan ini merangkap pasangan ranking 88 dunia ini mendapat ‘walkover’ ekoran lawan mereka, beregu Indonesia, Fitriani dan Yulia Susanto tidak beraksi di Pusingan 32.

Sehubungan itu, Vivian-Chiew Sien akan menantikan samada gandingan beregu India-Amerika iaitu Srivedya Gurazada-Ishika Jaiswal atau beregu India, Megha Morchana Bora-Leela Lakshmi Rachapalli yang akan menjadi lawan mereka di Pusingan 16.

Untuk makluman semua, Vivian-Chiew Sien mula membentuk gandingan bersama sejak Oktober lalu dan telah menyertai enam kejohanan pada tahun lalu. Sebagai rekod, gandingan ini tidak pernah melepasi Pusingan 16 daripada enam kejohanan yang mereka sertai itu.

Featured Image: Badminton Photo / Badminton Association of Malaysia

(Visited 1,992 times, 1 visits today)
Close