Written by 3:17 pm Bola Sepak, Malaysia

Selepas Tamat Kontrak Bersama Selangor, Syahmi Diperkenalkan Sebagai Pemain JDT

Penghujung November lalu, ‘fullback’ skuad kebangsaan, Syahmi Safari dan kelabnya, Selangor FC mengambil keputusan untuk menamatkan kontrak secara persetujuan bersama.

Dan teka-teki mengenai pasukan manakah yang akan disertai oleh pemain berusia 23 tahun ini terjawab apabila Syahmi menyertai pasukan juara Liga Super sebanyak 8 kali, Johor Darul Ta’zim (JDT).

Syahmi atau dikenali sebagai Wakmi dalam kalangan penyokong bola sepak tempatan disahkan sebagai pemain skuad Harimau Selatan setelah diperkenalkan menerusi video berdurasi selamat seminit menerusi pelbagai platform media sosial JDT, hari ini.

Menerusi video itu juga, Syahmi didehkan bakal menyarung jersi bernombor 91 bersama skuad Merah Biru untuk mengharungi saingan Liga Malaysia serta Liga Juara-Juara AFC (ACL) musim ini.

Sebagai rekod, Syahmi yang mampu beraksi di posisi pertahanan kanan dan kiri telah melakukan 80 penampilan serta menjaringkan 11 gol secara keseluruhan sepanjang bersama skuad Red Giants sejak tahun 2017.

Featured Image: Selangor FC & Johor Southern Tigers

(Visited 363 times, 4 visits today)
Close