Written by 12:56 pm Bola Sepak, Malaysia

SSI Jadi ‘Venue’ Piala Sumbangsih Untuk Kekang Perjalanan Penyokong Secara Besar-Besaran

Penganjur saingan liga tempatan, Malaysian Football League (MFL) mengumumkan perlawanan Piala Sumbangsih 2022 akan dilangsungkan secara berasingan daripada perlawanan pertama Liga Super.

Walaupun perlawanan yang menemukan juara Liga Super dan Piala Malaysia 2021 itu diadakan secara berasingan, perlawanan tersebut tidak pula dilangsungkan di venue berkecuali sebagai contoh di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

Bagaimanapun, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MFL, Stuart Ramalingam menjelaskan keputusan itu dilakukan untuk mengekang pergerakan atau perjalanan besar-besaran para penyokong kedua-dua pasukan ke venue seperti SNBJ atas faktor negara masih berada dalam pandemik Covid-19.

Stuart Ramalingam

Baca: Perlawanan Pembuka Tirai, Piala Sumbangsih 2022 Diasingkan Daripada Liga Super

“Venue Piala Sumbangsih, seperti saya katakan (adalah) venue juara Liga Super, jadi ia akan dimainkan di (SSI) Johor, menentang Kuala Lumpur untuk mengelakkan perjalanan besar-besaran dan juga operasi secara keseluruhan untuk Piala Sumbangsih ketika pandemik (Covid-19),“ kata Stuart dalam sesi Taklimat Kalendar Liga Malaysia 2022 secara dalam talian, semalam.

“Orang ramai mungkin berkata kami sepatutnya mengadakan perlawanan ini di venue berkecuali tetapi dalam situasi covid-19 ia tidak selalunya mudah, jadi, untuk kebaikan semua pihak, kebaikan bola sepak, kami perlu melakukan perubahan terhadap situasi covid tempatan,” tambah penjelasannya lagi.

Untuk makluman semua, edisi terdahulu Piala Sumbangsih atau nama rasminya, Piala Sultan Haji Ahmad Shah akan dilangsungkan bersama-sama perlawanan pertama Liga Super sambil stadium pasukan juara Liga Super dipilih sebagai venue perlawanan.

Sebagai rekod, enam daripada tujuh edisi lalu menyaksikan skuad Harimau Selatan muncul juara saingan piala ini.

Featured Image: JOHOR Southern Tigers

(Visited 745 times, 1 visits today)
Close