Artikel

Terbuka India: Hanya 19 Minit Diperlukan Peng Soon-Valeree Untuk Mara Ke Suku Akhir

Gandingan beregu campuran negara, Chan Peng Soon dan Valeree Siow sekali lagi berhasil mencatatkan kemenangan di kejohanan Terbuka India 2022. 

Lebih mengujakan, di Pusingan 16 pada hari ini, pasangan yang diletakkan sebagai pilihan kelima untuk menjuarai kejohanan ini mencetak kemenangan tersebut dalam masa 19 minit sahaja.

Beregu yang menjadi mangsa penyingkiran mereka adalah pasangan India, Kashish Sharma-Saruni Sharma yang tumpas secara ‘straight set’ dengan skor 21-6 dan 21-8 sekaligus membolehkan Peng Soon-Valeree mara ke peringkat suku akhir. 

Di peringkat suku akhir kelak, gandingan yang baru sahaja dibentuk ini akan menentang samada pasangan India, Ayush Makhija-Deeksha Choudhary atau beregu Rusia, Rodion Alimov-Alina Davletova (ranking 19) merangkap pilihan kedua untuk menjuarai kejohanan ini.

Featured Image: Badminton Photo / Badminton Association of Malaysia

komen