Written by 3:32 pm Badminton, Malaysia

Terbuka India: Ng Tze Yong Letakkan Diri Kalangan 8 Pemain Terbaik

Pemain perseorangan lelaki yang sedang meningkat, Ng Tze Yong, 21 tahun, berjaya menempatkan dirinya sebagai 8 pemain terbaik di kejohanan Terbuka India 2022. 

Pemain yang menduduki ranking ke-60 dunia ini berhasil menyertai kelompok itu setelah berjaya menumpaskan pemain Perancis, Lucas Claerbout yang berumur 29 tahun di Pusingan 16, hari ini. 

Tze Yong menumpaskan Lucas dengan skor 20-22, 21-15 dan 21-18 dalam tempoh permainan yang menjangkau hampir sejam setengah. Kemenangan ini juga melebarkan rekod kemenangan Tze Yong ke atas Lucas kepada dua kemenangan. 

Untuk makluman semua, kedua-dua pemain ini pernah bertemu di peringkat suku akhir dalam Kejohanan Antarabangsa Belgium 2021. Dalam perlawanan ini, Tze Yong berhasil meraih secara ‘straight set’ dengan skor 21-14 dan 21-12.

Sementara itu, di peringkat suku akhir nanti, Tze Yong akan menantikan cabaran daripada samada pemain Ireland, Nhat Nguyen (ranking 45) atau pemain India, Rahul Yadav Chittaboina (ranking 132).

Featured Image: Badminton Association of Malaysia

(Visited 192 times, 1 visits today)
Close