Written by 1:33 pm Bola Sepak, Malaysia

Terbuka India: Yew Sin-Ee Yi & Tan Jie-Yen Wei Dapat Kemenangan Percuma Ke Suku Akhir

Beregu lelaki dan beregu campuran negara, Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi serta Chen Tang Jie dan Peck Yen Wei diberikan kemenangan percuma untuk mara ke peringkat suku akhir Terbuka India.

Kedua-dua pasangan ini mendapat kemenangan percuma kerana setelah lawan masing-masing iaitu Utkarsh Arora-Akshan Shetty serta Sai Pratheek K-Gayatri Puella ‘walkover’ di Pusingan 16, hari ini.

Sementara itu, di peringkat suku akhir kelak, Yew Sin-Ee Yi yang merupakan pilihan ketiga kejohanan akan bertemu salah satu daripada beregu India samada gandingan Arjun-Dhruv (ranking 42) merangkap pilihan keenam kejohanan atau Ishaan Bhatnagar-Sai Pratheek (ranking 176).

Manakala Tan Jie-Yen Wei yang berada di ranking ke-40 merangkap pilihan ketiga kejohanan turut bertemu salah satu daripada beregu India samada Venkat Prasad-Juhi Dewangan merangkap pilihan kelapan kejohanan (ranking 63) atau Sanjai Dhanraj-Pooja Dandu.

Featured Image: Badminton Photo / Badminton Association of Malaysia

(Visited 153 times, 1 visits today)
Close