Written by 5:42 pm Bola Sepak, Malaysia

JDT Perkenalkan Penyerang Baharu, Fernando Forestieri – Bernilai RM4.3 Juta

Juara Liga Super lapan kali berturut-turut, Johor Darul Ta’zim (JDT) menambah ketajaman bahagian serangannya dengan mengumumkan kemasukan penyerang import baharu, Fernando Forestieri.

Penyerang kelahiran Argentina yang bakal menjengah usia 32 tahun ini diperkenalkan oleh skuad Harimau Selatan menerusi satu video berdurasi 44 saat yang dimuat naik di pelbagai platform media sosialnya, petang tadi.

Menurut laman portal informasi bola sepak berpangkalan di Jerman, Transfermarkt, Fernando yang berhijrah daripada Udinese – kelab dalam kancah Liga Serie A – nilai pasarannya adalah sebesar RM4.3 juta.

Bercakap mengenai posisi utamanya, Fernando merupakan pemain yang kerap mengisi posisi penyerang kedua. Namun begitu, dia turut berkemampuan memainkan peranan sebagai pemain sayap kanan dan juga kiri.

JDT turut mendedahkan Fernando bakal menyerikan pentas Liga Malaysia dan Liga Juara-Juara AFC (ACL) 2022 dengan menyarung jersi bernombor 45 bersama skuad Merah Biru.

Featured Image: JOHOR Southern Tigers

(Visited 779 times, 1 visits today)
Close