Artikel

Kelantan United Dapat Tajaan Yakult Lebih 3 Kali Ganda Berbanding Musim Lalu

Pasukan berpangkalan di pantai timur, Kelantan United FC boleh melangkah ke saingan Liga Malaysia 2022 dengan lebih bergaya apabila menerima tajaan besar daripada syarikat susu probiotik, Yakult (M) Sdn Bhd.

Dimaklumkan, tajaan yang memasuki tahun kedua daripada syarikat berkenaan kepada Kelantan United adalah bernilai melebihi tiga kali ganda berbanding musim lalu iaitu sebanyak RM766,000.00 secara keseluruhan.

Perkembangan menarik ini diumumkan oleh Kelantan United menerusi platform media sosialnya selepas menandatangani perjanjian kerjasama strategik bersama Yakult di Hotel Perdana, Kota Bharu, semalam.

Difahamkan, nilai tajaan Yakult kepada skuad kendalian Syamsul Saad ini merangkumi sumbangan tunai, produk dan perancangan program-program pembangunan bola sepak akar umbi bersama Kelantan United.

Sebagai rekod, tahun pertama tajaan oleh jenama syarikat susu probiotik dari Jepun ini, Kelantan United menerima tajaan berjumlah RM250,000.00 secara keseluruhan.

Featured Image: Kelantan United Football Club

komen