Written by 12:33 pm Lain-Lain

Stadium Astro Lancar STL Fantasy Untuk Mengembangkan Lagi Sukan Sepak Takraw

Penyiar rasmi saingan sepak takraw tempatan, Astro menerusi Stadium Astro melancarkan platform permainan fantasi bagi Sepak Takraw League (STL) persis Fantasy Premier League untuk Liga Perdana Inggeris.

Menerusi perkongsian oleh Lee Seng Foo, platform permainan yang dipanggil STL Fantasy itu hasil kerjasama Stadium Astro bersama Liga Kita untuk mengembangkan lagi sukan sepak takraw ini.

Bagi yang berminat untuk menyertai permainan ini, anda boleh mendaftar di laman sesawang sepaktakrawleague.my sekaligus bergelar pengurus. 

Setelah mendaftar, anda selaku pengurus boleh mula membentuk pasukan dengan memilih enam pemain kegemaran dengan 3 pemain sebagai ‘starters’ manakala baki 3 pemain lagi selaku ‘subs’. 

Untuk makluman semua, lebih 1000 orang telah mendaftar sebagai pengurus STL Fantasy selepas 24 jam platform ini dilancarkan.

(Visited 664 times, 144 visits today)
Close