Written by 5:53 pm Badminton, Malaysia

Terbuka India: Dua Beregu Campuran Negara Berentap Sesama Sendiri di Separuh Akhir

Dua beregu badminton campuran negara bakal bertembung sesama sendiri di peringkat separuh akhir kejohanan Terbuka India 2022.

Pertembungan ini terhasil selepas Chen Tang Jie dan Peck Yen Wei yang berada di ranking 40 dunia menang ke atas beregu India, Venkat Gaurav Prasad-Juhi Dewangan di peringkat suku akhir, petang tadi.

Tan Jie-Yen Wei berjaya menyingkirkan pasangan yang berada di ranking 63 dunia itu secara ‘straight set’ dengan keputusan 21-10 dan 21-13 dalam tempoh masa 23 minit sahaja.

Sementara itu, lawan kepada Tan Jie-Yen Wei adalah pasangan beregu negara yang diletakkan sebagai pilihan pertama untuk menjuarai kejohanan iaitu Tan Kian Meng dan Lai Pei Jing.

Kian Meng-Pei Jing mara selepas menundukkan beregu Rusia, Konstantin Abramov dan Anastasiia Akchurina juga menerusi ‘straight set’ dengan keputusan 21-10 dan 21-14.

Baca: Pasangan No.10 Dunia, Kian Meng-Pei Jing Mara Ke Separuh Akhir

Menariknya, pertembungan ini akan menjadi perseteruan atas gelanggang antara beregu di bawah naungan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan beregu bebas (independent).

Untuk makluman semua, perlawanan separuh akhir ini akan berlangsung pada hari esok dengan waktu perlawanan akan diumumkan oleh pihak penganjur selepas tamat keseluruhan perlawanan peringkat suku akhir, hari ini.

Featured Image: Badminton Photo / Badminton Association of Malaysia

(Visited 609 times, 1 visits today)
Close