Written by 4:27 pm Badminton, Malaysia

Terbuka India: Penyertaan Sulung Peng Soon-Valaree Tamat Di Suku Akhir

Perjalanan gandingan beregu campuran baharu yang terdiri daripada pemain senior dan junior iaitu Chan Peng Soon dan Valeree Siow tamat di peringkat suku akhir Terbuka India 2022.

Mereka ditunjukkan jalan keluar oleh beregu Rusia, Rodion Alimov-Alina Davletova yang berada di ranking 19 dunia merangkap pilihan kedua kejohanan.

Peng Soon-Valeree yang merupakan pilihan kelima kejohanan tumpas secara ‘straight set’ kepada Rodion-Alina dengan keputusan 14-21 dan 13-21 dalam tempoh masa permainan yang menghampiri setengah jam. 

Mengambil kira penyertaan sulung mereka, kemaaraan sehingga ke peringkat suku akhir di kejohanan Jelajah Dunia BWF Super 500 ini merupakan satu ‘benchmark’ yang baik buat gandingan baharu ini.

Sebagai rekod, Peng Soon-Valeree mara ke peringkat suku akhir setelah mengatasi dua pasangan India, Kashish-Saruni dan Raju-Anees di Pusingan 16 dan Pusingan 32 masing-masing.

Featured Image: Badminton Photo / Badminton Association of Malaysia

(Visited 5,755 times, 1 visits today)
Close