Artikel

Terbuka India: Tze Yong Mara Ke Separuh Akhir Setelah Singkir Pemain Ranking Ke-45

Pemain badminton perseorangan muda negara, Ng Tze Yong meneruskan rententan kemenangannya untuk mara ke peringkat separuh akhir kejohanan Terbuka India 2022.

Kemaraan itu diraih oleh Tze Yong setelah berhasil merekodkan kemenangan ke atas pemain Ireland kelahiran Vietnam, Nhat Nguyen di peringkat suku akhir, sebentar tadi.

Walaupun Nhat berada di ranking ke-45 berbanding Tze Yong yang sekadar menghuni tangga ke-60 dunia, perkara itu tidak menjadi masalah buatnya untuk mencatatkan keputusan 9-21, 21-8 dan 21-16 dalam tempoh permainan yang memakan masa hampir 70 minit.

Kemenangan ini menjadikan rekod pertemuan melibatkan kedua-dua pemain ini setara dengan satu kemenangan masing-masing. 

Untuk pengetahuan semua, Tze Yong dan Nhat Nguyen yang berusia 21 tahun masing-masing ini pernah berentap sesama sendiri di kejohanan Terbuka Ireland 2021 dimana perlawanan ini memihak kepada Nhat Nguyen.

Sementara itu, di peringkat separuh akhir yang akan berlangsung esok, Tze Yong akan turun beraksi menentang semi-finalis Kejohanan Dunia 2021, Lakshya Sen yang berada di ranking ke-17.

Featured Image: Badminton Association of Malaysia

komen