Artikel

Terbuka India: Beregu Naungan BAM, Tang Jie-Yen Wei Mara Ke Final

Beregu campuran yang berada di bawah naungan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Chen Tang Jie dan Peck Yen Wei berjaya mara ke pentas final Terbuka India 2022.

Pasangan yang berada di ranking ke-40 ini mara selepas menundukkan beregu bebas (independent) negara, Tan Kian Meng dan Lai Pei Jing merangkap pilihan pertama kejohanan di peringkat separuh akhir, hari ini.

Tang Jie-Yen Wei menumpaskan pasangan yang turut menghuni ranking ke-10 dunia itu menerusi 3 set perlawanan yang berkesudahan dengan keputusan 21-19, 21-23 dan 21-14 dalam tempoh masa melebihi satu jam permainan.

Sementara itu, di pentas akhir, esok, Tang Jie-Yen Wei akan bertemu beregu Singapura, Terry Hee-Tan Wei Han yang berada di ranking ke-182 dunia untuk merebut kejuaraan Jelajah Dunia BWF Super 500 ini. 

Untuk maklumkan semua, beregu jiran tetangga ini mara secara automatik selepas lawan mereka, beregu Rusia tidak dapat beraksi ekoran positif Covid-19.

Featured Image: Badminton Photo / Badminton Association of Malaysia

komen