Artikel

Terbuka India: Beregu No.2 Dunia ‘The Daddies’ Sekat Yew Sin-Ee Yi Ke Final

Beregu berpengalaman Indonesia merangkap pasangan No.2 dunia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan berhasil menyekat kemaraan beregu bebas (independent) negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi ke pentas final Terbuka India 2022.

Ahsan-Setiawan yang turut dikenali sebagai ‘The Daddies’ melakar kemenangan secara ‘straight set’ ke atas Yew Sin-Ee Yi untuk memastikan tiket ke pentas final kejohanan Jelajah Dunia BWF Super 500 ini menjadi milik mereka.

Di dalam perlawanan tersebut, Ahsan-Setiawan meraih kemenangan dengan skor 21-15 dan 21-18 dalam tempoh masa sekitar setengah jam sahaja.

Sebagai rekod, ini merupakan pertemuan keempat membabitkan kedua-dua pasangan ini di pentas antarabangsa. Mereka telah bertemu sebanyak 3 kali sebelum ini dimana satu perlawanan dimenangi oleh Yew Sin-Ee Yi manakal Ahsan-Setiawan mencatatkan dua kemenangan.

Sebagai tambahan, di pentas final kelak, ‘The Daddies’ akan turun menentang samada beregu Perancis, Fabien Delrue dan William Villeger (ranking 55) atau beregu tuan rumah, Satwiksairaj Rankireddy dan Chirag Shetty (ranking 10).

Featured Image: Badminton Photo / Badminton Association of Malaysia

komen