Artikel

Juara All England 2021, Lee Zii Jia Hantar Surat Tinggalkan BAM

Juara Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England (All England) 2021, Lee Zii Jia dimaklumkan telah menghantar surat untuk meninggalkan badan induk badminton negara, Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Perkembangan mengejutkan mengenai jaguh badminton negara merangkap pemain perseorangan lelaki No.7 dunia ini disahkan sendiri oleh Presiden BAM, Tan Sri Norza Zakaria dan dikongsikan oleh akaun media sosial portal Bernama, pada hari ini.

Tindakan yang dilakukan oleh pemain berusia 23 tahun kelahiran Alor Setar, Kedah ini bermakna dia berhasrat untuk meneruskan karier badmintonnya selepas daripada ini secara bersendirian atau berstatus pemain bebas (independent).

Untuk makluman semua, sepanjang bernaung di bawah BAM, selain daripada juara Terbuka Seluruh England 2021, Zii Jia turut merangkul beberapa kejuaraan seperti pingat emas Sukan SEA 2019, Terbuka Chinese Taipei 2018 dan kejohanan Antarabangsa Poland 2017 di peringkat senior.

Featured Image: YONEX All England Open Badminton Championships 

komen