Artikel

Yusoff Mahadi Letak Jawatan, Mahu Beri Tumpuan Penuh Kepada AFL

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Haji Hamidin Mohd Amin memaklumkan pihak mereka menerima perletakan jawatan Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi sebagai pengurus skuad kebangsaan.

Dimaklumkan, alasan Yusoff yang juga Timbalan Presiden FAM meletakkan jawatan kerana ingin memberikan tumpuan penuh kepada badan penganjur saingan divisyen tiga negara, Amateur Football League (AFL).

Presiden FAM, Datuk Haji Hamidin Mohd Amin.

“Datuk Wira Yusoff telah berjumpa dengan saya dan menyatakan hasrat untuk meletakkan jawatan (sebagai pengurus skuad kebangsaan) dan kita telah terima.

“Beliau ingin menumpukan perhatian kepada Amateur Football League dan juga sebagai Timbalan Presiden (FAM).” kata Hamidin dalam satu sidang media yang diadakan di Wisma FAM, pada hari ini.

Selaras dengan perletakan jawatan oleh Yusoff, posisi pengurus skuad kebangsaan secara automatiknya kosong dan Hamidin akan menunggu cadangan daripada Pengarah Teknikal, Scott O’Donell dalam masa 1-2 minggu lagi berkenaan itu.

Featured Image: Football Association of Malaysia

komen