Artikel

Khidmat ‘King Gobal’ Sebagai Ketua Jurulatih Brunei Tamat Hujung Januari

Khidmat Datuk K. Rajagobal sebagai ketua jurulatih bagi skuad kebangsaan negara jiran tetangga, Brunei Darussalam tamat pada penghujung bulan ini.

Perkembangan ini dimaklumkan oleh laman sesawang rasmi Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF), pada hari ini.

Difahamkan Rajagobal atau turut dikenali sebagai King Gobal dan Persatuan Bola Sepak Brunei Darussalam (FABD) berpisah dengan persetujuan bersama.

Turut dimaklumkan, ianya satu keputusan yang sukar buat FABD namun dengan situasi pandemik Covid-19 yang masih lagi berleluasa, ia menyukarkan kedua-dua pihak untuk bekerjasama.

Untuk makluman semua, bekas pengendali yang membawa skuad Harimau Malaya muncul juara Piala AFF 2010 ini diumumkan sebagai ketua jurulatih Brunei pada Disember 2020 dengan kontrak selama dua tahun.

Bagaimanapun, sejak memegang jawatan ini, tiada sebarang perlawanan yang dikendalikannya termasuk di pentas Piala AFF 2020 yang lalu ekoran kekangan daripada pandemik yang melanda.

Featured Image: Malaysian Football League

komen