Artikel

Terbuka Sweden: Dua Pemain Perseorangan Negara Berentap di Final

Dua pemain perseorangan lelaki negara iaitu Yeoh Seng Zoe dan Jacky Kok Jing Hong bakal merebut trofi kejuaraan di kejohanan Terbuka Sweden 2022 – sebuah kejohanan berstatus Siri Antarabangsa (International Series).

Seng Zoe, pemain bebas (indenpendent) yang berusia 24 tahun mara ke pentas final selepas menundukkan pemain Jerman merangkap pilihan kedua kejohanan, Kai Schaefer.

Yeoh Seng Zoe – Foto: Torbjörn Jansson

Pemain yang menghuni ranking ke-128 dunia ini mara setelah menumpaskan Kai secara ‘straight set’ dengan keputusan 21-16 dan 21-18 di peringkat separuh akhir.

Sementara itu, seorang lagi perseorang lelaki negara yang bernaung di bawah Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Jacky Kok Jing Hong, berusia 20 tahun, mara ke pentas final secara automatik apabila lawannya, pemain Thailand, Korakrit Laotrakul menarik diri.

Featured Image: Torbjörn Jansson / Badminton Sweden

komen