Artikel

Valeree Siow Beraksi Dalam Kategori Beregu Campuran & Wanita di Kejohanan Syed Modi 2022

Seperti kita sedia maklum, gandingan baharu beregu campuran negara yang terdiri daripada Chan Peng Soon dan Valeree Siow akan membuat kemunculan pertama di kejohanan Terbuka India 2022  yang akan berlangsung di New Delhi pada minggu hadapan.

Minggu berikutnya, pasangan ini akan turun dalam satu lagi kejohanan yang turut berlangsung di India iaitu Kejohanan Antarabangsa Syed Modi 2022 yang akan bermula pada 18 Januari.

Baca: Peng Soon Digandingkan Bersama Pemain 19 Tahun, Valeree Siow di Terbuka India 2022

Menurut kemaskini dalam ‘M&Q Report’ yang dimuat naik oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF), pemain yang bakal menjengah usia 20 tahun pada Mac nanti bukan sahaja beraksi dalam kategori campuran bersama Peng Soon.

Valeree turut disenaraikan untuk beraksi dalam kategori beregu wanita bersama-sama gandingan yang seusia dengannya, Low Yeen Yuan dalam kejohanan Jelajah Dunia Super 300 yang akan berlangsung di Lucknow kelak.

Untuk makluman semua, ini bakal menjadi penampilan pertama buat Valeree-Low beraksi di pentas Jelajah Dunia BWF Super 300.

Sebagai tambahan, gandingan Valeree-Low berada di ranking ke-111 dunia pada ketika ini. Sepanjang tahun lalu, gandingan ini muncul juara dalam tiga kejohanan iaitu Kejohanan Slovenia, Kejohanan Latvia dan Kejohanan Hellas daripada 8 kejohanan yang disertai.

Featured Image: Badminton Association of Malaysia

komen