Goh Jin Wei, Soong Joo Ven Sertai Kelab Badminton KLRC Sebagai ‘Independent Player’
January 5, 2022 Hafizuddin Omar

Hasrat pemain badminton perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei untuk menyambung kembali kariernya diserikan dengan menyertai sebuah kelab badminton profesional, KLRC.

Perkembangan menarik mengenai pemain yang mengumumkan persaraan  sekitar September lalu ekoran masalah kesihatan ini dilaporkan oleh portal Twentytwo13 pada hari ini.

“Mereka (KLRC) merupakan yang pertama menemui saya selepas saya keluar daripada skuad kebangsaan.” katanya seperti dipetik oleh portal berkenaan.

Turut dimaklumkan, Jin Wei yang merupakan juara remaja dunia pada 2015 dan 2018 ini telah memulakan latihan bersama jurulatih Indonesia, Nova Amanda sejak minggu lalu. Jurulatih ini 

“Saya mahu beri tumpuan terhadap latihan saya terlebih dahulu. Saya berharap dapat bersaing pada bulan Mac,” tambahnya lagi sambil menyifatkan keputusan untuk kembali beraksi bukanlah sesuatu yang mudah.

Pada masa yang sama, Jin Wei dijangka akan menandatangani satu kontrak penajaan atau kerjasama dengan sebuat jenama sukan pada minggu hadapan.

Sementera itu, seorang lagi pemain berstatus bebas (independent) yang beraksi dalam kategori perseorangan lelaki, Soong Joo Ven turut menyertai KLRC bersama-sama Jin Wei.

Soong Joo Ven (kanan) meraikan kejayaan merangkul pingat perak Terbuka Scotland 2021.

Joo Ven yang disisihkan oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM) pada tahun 2020 menduduki ranking ke-70 dunia pada masa kini. Pada tahun lalu, Joo Ven lima kejohanan dan berjaya muncul naib juara di Kejohanan Terbuka Scotland.

Pemain yang bakal berusia 27 tahun ini mensasarkan untuk meningkatkan rankingnya dalam kelompok 35 pemain perseorangan lelaki terbaik dunia. Kejohanan Terbuka India pada minggu hadapan menjadi ‘debut’ Joo Ven bersama KLRC di pentas antarabangsa.

Untuk makluman semua, KLRC diperbadankan pada tahun 2005. Antara pemain ternama yang pernah bernaung di bawah KLRC ialah juara All England England 2003, Muhammad Hafiz Hashim.

Featured Image: Badminton Association of Malaysia

Komen