Empat Negara ASEAN & Hong Kong Bakal Siar Saingan STL 2021/22
January 5, 2022 Hafizuddin Omar

Saingan sepak takraw tempatan, Emas Anuar Sepak Takraw League (STL) 2021/22 akan dapat ditonton oleh peminat sukan berkenaan di Singapura, Indonesia, Thailand, Filipina dan Hong Kong.

Menurut laporan portal Stadium Astro, saingan sepak takraw musim baharu ini dapat ditonton oleh peminat di lima negara berkenaan menerusi pelantar OTT global, Eleven Sports melalui perkongsian Astro.

Menurut Ketua Sukan Astro, Nicholas John, memandangkan STL disiarkan di pentas antarabangsa, saingan musim ini akan turut mendapat ulasan dalam bahasa inggeris serta dalam bahasa Thailand untuk siaran di Thailand.

Selain daripada disiarkan oleh Eleven Sports, saingan STL ini akan turut disiarkan secara langsung di Amerika Syarikat menerusi saluran All Sports Television Network (ALL SPORTS).

Manakala untuk peminat di Malaysia, kesemua aksi STL ini dapat disaksikan menerusi saluran Astro Arena (801) dan penstriman secara langsung di aplikasi AstroGo.

Untuk makluman semua, saingan STL 2021/22 akan bermula pada Jumaat ini, 7hb Januari dengan Perlawanan Sumbangsih.

Featured Image: Sepak Takraw League

Komen