Kelab Komuniti Kerteh FC Lanjut Kontrak Pengarah Teknikal Sehingga Tahun 2024
January 10, 2022 โ€ข Hafizuddin Omar

Kelab komuniti yang berpangkalan di Terengganu iaitu Kerteh FC memaklumkan melanjutkan kontrak pengarah teknikalnya, Che Ku Marzuki sehingga tahun 2024.

Menurut kenyataan rasmi pasukan yang terkenal dengan julukan The Oilers itu, pada hari ini, kontrak Che Ku Marzuki bukan sahaja dilanjutkan selama 3 tahun malah turut disertakan dengan pilihan untuk lanjutan selama setahun.

โ€œDia telah memahami sepenuhnya nilai dan strategi kelab kami. Kepimpinannya telah mewujudkan suasana padu untuk cita-cita yang besar. Matlamatnya adalah untuk meneruskan perjalanan yang telah kami mulakan bagi mencapai keputusan yang baik dan lebih baik.โ€ kata Timbalan Presiden Kerteh FC, Mohd Khusyairi Kusmaniirat.

Untuk makluman semua, sebelum dilantik sebagai Pengerah Teknikal Kerteh FC pada tahun 2020, Che Ku Marzuki pernah menjadi ketua jurulatih buat beberapa pasukan seperti pasukan pelapis Terengganu, T-Team, Batu Dua dan juga Kerteh FC sendiri.

Selain itu, dia juga pernah menjawat jawatan pengarah teknikal untuk Terengganu dan Terengganu City.

Featured Image: Kerteh FC

Komen