Saingan pembuka tirai yang dikenali sebagai perlawanan Piala Sumbangsih akan diasingkan daripada perlawanan pertama Liga Super bermula musim 2022.
Perkembangan ini diumumkan sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysian Football League (MFL), Stuart Ramalingam semasa sesi Taklimat Kalendar Liga Malaysia 2022 bersama para pengamal media secara dalam talian, pada hari ini.

Perlawanan ini akan menemukan juara Liga Super dan juara Piala Malaysia. Ini bermakna, saingan Piala Sumbangsih 2022 akan menemukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kuala Lumpur City FC (KL City).
Sementara itu, Stuart turut memaklumkan saingan ini akan berlangsung pada 26 Februari dan diadakan di ‘home’ pasukan juara Liga Super. Pada masa yang sama, perlawanan pertama Liga Super pula akan dilangsungkan bermula 4 Mac 2022.
Featured Image: Malaysian Football League
komen
Tiada komen
Tiada lagi komen untuk artikel ini.
Jadi yang pertama untuk komen!