Pasangan beregu campuran bebas (independent) negara, Tan Kian Meng dan Lai Pei Jing merangkap pilihan pertama untuk menjuarai kejohanan ini berhasil meraih tiket ke peringkat suku akhir.
Pasangan yang menduduki ranking ke-10 dunia ini mara selepas menumpaskan beregu tuan rumah, Siddharth Jakhar dan Megha Morchana Bora pada Pusingan 16, yang berlangsung sebentar tadi.
Kian Meng-Pei Jing berjaya menumpaskan Siddharth-Morchana dengan mudah secara ‘straight set’ dengan pungutan mata 21-6 dan 21-11 dalam tempoh masa sekitar 23 minit sahaja.
Di peringkat suku akhir kelak, Kian Meng-Pei Jing bakal menantikan cabaran daripada samada beregu India, Dhruv Kapila-Reddy N. Sikki (ranking 107) merangkap pilihan ketujuh kejohanan atau beregu Rusia, Konstantin Abramov dan Anastasiia Akchurina (ranking 751).
Featured Image: Badminton Photo / Badminton Association of Malaysia