Artikel

Terbuka India: Soong Joo Ven Disingkirkan Juara Dunia Secara ‘Straight Set’

Langkah pemain perseorangan bebas (independent) negara, Soong Joo Ven, 26 tahun, dalam kejohanan Terbuka India 2022 terhenti setakat Pusingan 16 sahaja.

Ini kerana Joo Ven yang menghuni ranking 70 dunia tumpas terpaksa akur tumpas kepada pemain Singapura merangkap juara dunia 2021, Loh Kean Yew, sebentar tadi. 

Kean Yew yang menghuni ranking 15 dunia itu menumpaskan Joo Ven secara ‘straight set’ dengan skor 21-12 dan 21-12 dalam tempoh permainan sekitar 33 minit sekaligus membolehkannya mara ke peringkat suku akhir.

Sebagai tambahan, di peringkat suku akhir nanti, Kean Yew akan bertemu samada pemain Finland, Kalle Koljonen (ranking 63) atau pemain Rusia, Sergey Sirant (ranking 76).

Manakala Joo Ven pula akan kekal di bumi India menantikan sebuah lagi kejohanan yang akan berlangsung di negara itu pada minggu hadapan iaitu Kejohanan Antarabangsa Syed Modi – Jelajah Dunia Super 300 BWF.

Featured Image: Badminton Photo

komen