Artikel

Juara Piala Malaysia, KL City ‘Tambat’ Penjaga Gol Skuad B-23 Kebangsaan

Pasukan juara Piala Malaysia 2021, Kuala Lumpur City FC (KL City) mengumumkan menambat khidmat penjaga gol skuad bawah 23 tahun (B-23) kebangsaan.

Penjaga gol yang dimaksudkan itu ialah Azri Ghani, kelahiran Kota Bharu, Kelantan yang berusia 22 tahun merangkap bekas pemain Perak FC.

Penyertaan pemain tersebut bersama skuad bimbingan Bojan Hodak dikhabarkan menerusi pelbagai platform milik skuad Ibu Kota itu, pada hari ini.

https://twitter.com/KLCityFootball/status/1481874621544960005?s=20

Kedatangan pemain yang mengidolakan penjaga gol Manchester United, David De Gea ini untuk menggantikan kekosongan ditinggalkan oleh Khatul Anuar, Zamir Selamat dan Julian Bechler yang diumumkan dilepaskan oleh KL City.

Untuk makluman semua, Azri merupakan sebahagian daripada skuad Harimau Muda yang berjaya melayakkan diri ke kejohanan Piala Asia B-23 yang akan berlangsung di Uzbekistan pada pertengahan tahun ini.

Featured Image: Malaysian Football League

komen