Terbuka India: Pasangan No.10 Dunia, Kian Meng-Pei Jing Mara Ke Separuh Akhir
January 14, 2022 Hafizuddin Omar

Pasangan beregu campuran yang berada di ranking kesepuluh dunia, Tan Kian Meng dan Lai Pei Jing berjaya mengesahkan kemaraan ke peringkat separuh akhir Terbuka India 2022, hari ini. 

Kian Meng-Pei Jing yang diletakkan sebagai pilihan pertama kejohanan mara selepas menyingkirkan beregu campuran Rusia, Konstantin Abramov dan Anastasiia Akchurina yang berada di ranking 751.

Mereka menyingkirkan Konstantin-Anastasiia secara ‘straight set’ dengan pungutan mata 21-10 dan 21-14 dalam tempoh permainan yang memakan masa sekitar setengah jam.

Sementara itu, di peringkat separuh akhir nanti, Kian Meng-Pei Jing akan menantikan cabaran samada daripada beregu Malaysia, Chen Tang Jie-Peck Yen Wei merangkap pilihan ketiga atau beregu India, Venkat Gaurav Prasad-Juhi Dewangan merangkap pilihan kelapan kejohanan.

Featured Image: Badminton Photo / Badminton Association of Malaysia

Komen