Beregu lelaki bebas (independent) negara, Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi meneruskan rentak kemenangan mereka sehingga berhasil mara ke peringkat separuh akhir Terbuka India 2022.
Mereka berhasil meletakkan diri dalam kalangan empat beregu terbaik kejohanan ini dengan menumpaskan beregu tuan rumah yang menghuni ranking 176 dunia, Ishaan Bhatnagar-Sai Pratheek.
Yew Sin-Ee Yi yang merupakan pilihan ketiga kejohanan menumpaskan beregu India itu dengan bergaya secara ‘straight set’ dengan skor 21-7 dan 21-7 dalam tempoh masa 19 minit sahaja.
Bagaimanapun, cabaran sebenar bakal menjengah Yew Sin-Ee Yi pada perlawanan peringkat separuh akhir, esok.
Pasangan yang menghuni ranking ke-11 dunia akan bertemu beregu No.2 dunia merangkap pilihan pertama untuk menjuarai kejohanan ini, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan dari Indonesia.
Featured Image: Badminton Photo / Badminton Association of Malaysia