Pemain badminton perseorangan muda negara, Ng Tze Yong tidak dapat meneruskan langkahnya ke pentas akhir kejohanan Terbuka India 2022 – Jelajah Dunia BWF Super 500.
Langkah pemain yang menghuni ranking ke-60 ini terhenti setakat peringkat separuh akhir setelah ditewaskan oleh pemain India merangkap ‘semi-finalist’ Kejohanan Dunia BWF 2021, Lakshya Sen.
Dalam perlawanan yang berlangsung sebentar tadi, Tze Yong dikalahkan oleh Lakshya, ranking ke-17, menerusi 3 set permainan dengan skor 19-21, 21-16 dan 21-12 dalam tempoh masa melebihi satu jam.
Untuk makluman semua, kemenangan Lakshya pada hari ini menjadikan dia merekodkan 2 kemenangan daripada 3 pertemuan menentang Tze Yong.
Sebagai tambahan, di pentas final esok, Lakshya akan turun berentap menentang pemain Singapura, Loh Kean Yew merangkap pemenang pingat emas Kejohanan Dunia BWF 2021.
Featured Image: Badminton Association of Malaysia