Artikel

Beregu Campuran Tang Jie-Yen Wei Muncul Naib Juara Terbuka India 2022

Satu-satunya wakil negara di pentas final iaitu pasangan beregu campuran, Cheng Tang Jie dan Peck Yen Wei terpaksa akur sebagai naib juara di saingan Terbuka India 2022 – Jelajah Dunia BWF Super 500.

Peluang beregu yang menghuni ranking ke-40 ini untuk muncul juara di kejohanan ini terkubur apabila tumpas kepada beregu negara jiran tetangga iaitu Singapura, Terry Hee dan Tan Wei Han, sebentar tadi.

Tan Jie-Yen Wei tumpas kepada pasangan beregu yang berada di ranking jauh lebih rendah, ke-182 dunia, secara ‘straight set’ dengan skor 21-15 dan 21-18 dalam tempoh permainan yang memakan masa 40 minit.

Untuk makluman semua, walaupun bergelar naib juara, ini merupakan pencapaian terbaik pernah diraih dalam karier pasangan beregu yang berusia 24 dan 25 tahun masing-masing ini terutamanya di pentas Jelajah Dunia BWF Super 500.

Featured Image: Badminton Photo / Badminton Association of Malaysia

komen