Artikel

ACL 2022: Harimau Selatan Bakal Tentang Juara J1 & Pasukan Ke-3 Liga Super China

Juara Liga Super 2021, Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal berhadapan pasukan juara J1 League serta kelab ketiga Liga Super China (CSL), dalam saingan peringkat Kumpulan I, Liga Juara-Juara AFC (ACL) 2022. 

Dua pasukan terbabit ialah Kawasaki Frontale dan Guangzhou FC masing-masing. Perkembangan mengenai skuad Harimau Selatan di pentas elit benua asia ini berdasarkan kepada hasil undian yang dilangsungkan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), pada hari ini.

Sementara itu, pasukan terakhir yang akan melengkapkan Kumpulan I ini adalah pemenang bagi perlawanan play-off samada naib juara K-League, Ulsan Hyundai atau kelab yang menduduki ketiga Liga Thailand, Port FC.

Untuk makluman semua, perlawanan play-off ini dijadualkan berlangsung pada pertengahan Mac hadapan. Manakala, saingan peringkat kumpulan kejohanan ACL kali ini akan bermula sekitar pertengahan April kelak.

komen