Kejohanan Estonia: Pemain Berusia 20 Tahun, Jing Hong Muncul Naib Juara
January 17, 2022 Hafizuddin Omar

Pemain muda perseorangan lelaki negara, Jacky Kok Jing Hong, berusia 20 tahun, menamatkan Kejohanan Antarabangsa Estonia 2022 selaku naib juara.

Jing Hong yang menghuni ranking ke-513 dunia terpaksa berpuas hati membawa pulang pingat perak apabila tumpas dalam perlawanan akhir di tangan pemain Perancis, Alex Lanier yang berusia 17 tahun.

Jing hong ketika menentang Alex pada perlawanan akhir Kejohanan Estonia 2022.

Dalam perlawanan akhir tersebut, Jing Hong tumpas ‘straight set’ dengan pungutan mata 20-22 dan 15-21 dalam tempoh permainan yang memakan masa hampir 45 minit.

Untuk makluman semua, muncul sebagai naib juara di kejohanan ini merupakan pencapaian terbaik pernah diraih oleh Jing Hong dalam karier badmintonnya di peringkat senior.

Sebagai tambahan, Jing Hong akan terbang ke benua eropah untuk menyertai sebuah lagi kejohanan berstatus ‘International Series’ iaitu Terbuka Sweden 2022, dijadualkan berlangsung 20 hingga 23 Januari kelak.

Featured Image: Eesti Sulgpalliliit / Badminton Estonia

Komen