Pemain muda negara, Ng Tze Yong berjaya menempatkan dirinya dalam kalangan 50 pemain badminton perseorangan lelaki terbaik dunia.
Pemain berusia 21 tahun ini berhasil memasuki kelompok terbabit selepas berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir saingan Terbuka India – sebuah kejohanan Jelajah Dunia BWF yang bertaraf Super 500, minggu lalu.
Menerusi kemaskini terbaru oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada hari ini, Tze Yong yang menghuni tangga ke-60 sebelum ini, merekodkan lonjakan sebanyak 13 anak tangga sekaligus membawanya menduduki tempat ke-47 ranking dunia.
Sementara itu, turut sama dilihat memperbaiki kedudukan dalam ranking dunia adalah dua pemain bebas (independent) negara, Soong Joo Ven dan Cheam June Wei yang kini berada di kedudukan ke-65 dan ke-72 dunia masing-masing.
Sementara itu, jaguh perseorangan negara, Lee Zii Jia, kekal berada di tangga ketujuh dunia walaupun tidak menyertai kejohanan yang sama, minggu lalu.