Syarikat MLM Taja Terengganu RM4.5 Juta Sehingga Tahun 2023
January 18, 2022 Hafizuddin Omar

Syarikat pemasaran pelbagai peringkat (MLM), TDC Holdings Sdn Bhd diumumkan sebagai penaja utama buat kelab berpangkalan di pantai timur, Terengganu FC bagi musim 2022 dan 2023.

Pengumuman rasmi status syarikat berkenaan sebagai penaja utama skuad ‘Black and White’ ini hadir setelah kedua-dua pihak menandatangani kontrak penajaan platinum di pejabat pengurusan kelab, pada hari ini.

Dimaklumkan, syarikat MLM yang ditubuhkan pada tahun 2016 ini muncul sebagai penaja utama atau penaja platinum selepas bersetuju untuk menawarkan penajaan dalam bentuk kewangan dan barangan yang bernilai RM4.5 juta secara keseluruhan selama dua musim.

Hasil daripada perjanjian ini, pihak TDC Holdings akan menggunakan jenama salah satu produknya, Colever untuk dipamerkan oleh Terengganu sebagai ‘branding image’ di semua penempatan imej logo tajaan termasuk pada jersi utama pasukan kelak.

Faisal Halim

Sebelum ini, logo Colever telah pun tertera di ruangan hadapan jersi latihan pasukan Terengganu sejak bermula tempoh pramusim Disember lalu.

Untuk makluman semua, syarikat MLM yang menjual pelbagai produk kesihatan ini turut mempunyai sijil pengiktirafan dan perakuan seperti GMP, HACCP, ISO dan Halal Jakim.

Featured Image: Terengganu FC

Komen