Artikel

Ranking BWF: Finalis Terbuka India, Tang Jie-Yen Wei Kembali Menjadi ‘Top 30’ Dunia

Beregu campuran negara yang mara ke pentas akhir saingan Terbuka India 2022, Chen Tang Jie dan Peck Yen Wei kembali menyertai kelompok 30 pasangan terbaik dunia.

Walaupun Tang Jie-Yen Wei tumpas kepada pasangan Singapura pada perlawanan akhir, Ahad lalu, mereka tetap berhasil melonjak sebanyak 10 anak tangga sekaligus menghuni ranking ke-30, hasil kemaskini terbaru Persekutuan Badminton Dunia (BWF), hari ini.

Untuk makluman semua, pasangan beregu campuran yang berusia 24 dan 25 tahun masing-masing ini pernah berada di kelompok ini sekitar Oktober hingga November 2018.

Sebagai tambahan, sejak mula bergandingan pada awal 2018, kedudukan tertinggi pernah dicapai oleh Tang Jie-Yen Wei adalah berada di ranking ke-27 dunia.

komen