Artikel

KBS Cadang ‘Esports’ & Tarian Singa Dimasukkan Dalam Akta Pembangunan Sukan 1997

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bercadang memasukkan esukan (esports) dan tarian singa dalam Akta Pembangunan Sukan 1997 (Akta 576) sekaligus mengiktiraf kedua-dua sukan tersebut sebagai sukan rasmi di negara ini.

Menurut laporan Bernama, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Ti Lian Ker berkata, untuk mencapai tujuan tersebut, pihaknya mencadangkan pindaan Akta 576 agar dapat memasukkan dua jenis sukan terbabit.

Difahamkan, terdapat beberapa sukan selain daripada esukan dan tarian singa turut berada dalam perancangan untuk diberikan pengiktirafan dan ianya akan diumumkan kelak.

Sebagai rekod, akta ini pernah dipinda sebanyak dua kali bertujuan memasukkan penambahan beberapa sukan ketika pindaan tahun 2000 dan 2004. 

Untuk makluman semua, terdapat 51 jenis sukan yang disenaraikan dalam Akta Pembangunan Sukan 1997 pada ketika ini. Senarai kesemua 51 jenis sukan itu adalah seperti berikut:

  • Memanah
  • Olahraga
  • Sukan Air
  • Sukan Bermotor
  • Badminton
  • Besbol
  • Bola Keranjang
  • Biliard dan Snuker
  • Bina Badan
  • Boling
Atlet boling negara, Timmy Tan
  • Tinju
  • Kanu
  • Kriket
  • Lumba Basikal
  • Sukan Ekuestrian
  • Lawan Pedang
  • Kecergasan
  • Bola Sepak
  • Golf
  • Gimnastik
Atlet gimnastik, Farah Ann Abdul Hadi
  • Bola Baling
  • Hoki
  • Meluncur Ais
  • Judo
  • Kabbadi
  • Karate Do
  • Boling Padang
  • Seni Mempertahankan Diri
  • Bola Jaring
  • Paralimpik
Atlet paralimpik negara, Cheah Liek Hou
  • Petanque
  • Rekreasi
  • Berdayung
  • Ragbi
  • Sepak Takraw
  • Menembak
  • Silambam
  • Silat Olahraga
  • Tenis Ringan
  • Sofbol
Pemain skuasy wanita negara, Aifa Azman (kanan)
  • Skuasy
  • Pingpong
  • Tae Kwan Do
  • Tenis
  • Sukan Tradisional
  • Bola Tampar
  • Luncur Air
  • Angkat Berat
  • Gusti
  • Wushu
  • Kapal Layar

komen