Artikel

Syed Modi 2022: Peng Soon-Valeree Lepasi Halangan Pusingan 32

Halangan pertama dalam Kejohanan Antarabangsa Syed Modi 2022 yang berlangsung di Lucknow, India berjaya dilepasi oleh pasangan beregu campuran negara, Chan Peng Soon dan Valeree Siow. 

Pasangan yang berada di ranking ke-272 merangkap pilihan kelima kejohanan ini melepasinya dengan menumpaskan beregu campuran India, Santhosh Gajendran-Jagadish Deethya pada Pusingan 32.

Peng Soon-Valeree menumpaskan mereka secara ‘straight set’ dengan pungutan mata 21-16 dan 21-13 dalam tempoh masa 23 minit sahaja di Gelanggang 1, Stadium Tertutup Babu Banarasi Das, sebentar tadi.

Sementara itu, menanti mereka di Pusingan 16 adalah pasangan India, Balkeshari Yadav-Swetaparna Panda yang mara setelah menumpaskan lawan mereka, Kirtesh Dhindhwal dan Daksha Gautam, semalam.

Featured Image: Badminton Photo / Badminton Association of Malaysia

komen