Syed Modi 2022: Tze Yong Tarik Diri Pusingan 32 Ekoran Tidak Sihat
January 19, 2022 Hafizuddin Omar

Pemain perseorangan muda negara, Ng Tze Yong, 21 tahun, terpaksa melupakan hasrat untuk mara jauh dalam Kejohanan Antarabangsa Syed Modi 2022 di Lucknow, India. 

Hal ini kerana pemain yang menguni ranking ke-47 dunia tersebut dimaklumkan oleh BAM tidak sihat dan membuat keputusan menarik diri daripada perlawanan peringkat Pusingan 32, hari ini.

Oleh demikian, lawannya yang merupakan pemain Thailan merangkap pemain berada di ranking ke-143 dunia, Adulrach Namkul, diberikan kemenangan percuma dan mara ke Pusingan 16 secara automatik.

Sementara itu, Adulrach yang meneruskan kemaraan bakal menentang pemain Ireland kelahiran Vietnam, Nhat Nguyen yang berada di ranking ke-44 dunia.

Komen