Artikel

Man Utd Antara Topik ‘Top’ Dibincangkan Pengguna Twitter Malaysia Tahun 2021

Kelab yang beraksi dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United (Man Utd) menjadi antara topik sukan paling banyak dibincangkan oleh rakyat Malaysia di platform media sosial, Twitter sepanjang 2021.

Menerusi sumber Data Internal Twitter, Manchester United menduduki tangga kelima dalam kategori ‘Topik Sukan yang Dibincangkan oleh Rakyat Malaysia’ di belakang Bola Sepak, Liga Premier, Olympics dan Badminton.

Selain itu, tanda pagar #mufc pula muncul di tangga pertama dalam kategori Hashtag Mengenai Sukan Yang Paling Banyak di Tweet di Malaysia 2021’ mengatasi empat yang lain iaitu #tokyo2020, #olympics, #euro2020 dan #ucl.

Sementara itu, akaun rasmi Red Devils, @manutd turut tersenarai dalam kalangan lima ‘Akaun Twitter Mengenai Sukan Yang Paling Banyak di Tweet di Malaysia 2021’. Antara akaun lain yang tersenarai adalah @teammsia, @brfootball, @azizulawang dan @fabrizioromano.

Sebagai tambahan, peminat sukan di Malaysia turut membincangkan topik-topik seperti atlet popular yang menandatangani kontrak baharu, contohnya, perpindahan Cristiano Ronaldo ke Manchester United. Tidak dilupakan, perlawanan yang mendebarkan Itali menentang England di Stadium Wembley di pentas akhir Euro 2020.

Dimaklumkan, lebih daripada 18 juta Tweets oleh pengguna Malaysia berkaitan acara sukan dapat direkodkan pada tahun 2021. Angka ini melangkaui rekod yang dicatatkan pada tahun sebelumnya, 14.7 Tweets – peningkatan sebanyak 27.21%.

komen