Beregu campuran negara, Chan Peng Soon dan Valeree Siow disahkan tidak dapat meneruskan aksi pada pusingan 16 di kejohanan Antarabangsa Syed Modi 2022, Lucknow, India.
Penarikan diri ini berpunca daripada Peng Soon mengalami alahan yang menyebabkan mengganggu pendengarannya. Perkara tersebut dikongsikan pemain berusia 33 tahun itu menerusi akaun media sosialnya, semalam.
Oleh demikian, lawan mereka yang merupakan pasangan beregu campuran India, Balkeshari Yadav-Swetaparna Panda memperolehi kemenangan percuma dan mara secara automatik ke peringkat suku akhir.
Sementara itu, di peringkat suku akhir nanti, pasangan India ini akan menentang salah satu beregu senegaranya, samada Akshan Shetty-Simran Singhi atau Kashish Sharma-Saruni Sharma.
Featured Image: Badminton Photo